Wednesday, 8 July 2015

Posted by Pusat Internet 1Malaysia Presint 16 Posted on 15:30 | No comments

PCS : Program Cuti Sekolah (30 mei - 14 jun 2015)

Pada cuti sekolah yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 16 telah mengadakan program cuti sekolah bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah disamping merapatkan hubungan antara mereka.

1. Tayangan Perdana & Klik dengan bijak

Untuk permulaan PCS ini, kami ingin mewujudkan suasana santai sambil pelajar dapat melegakan tekanan ketika musim persekolahan berlangsung. Tujuan utama tayangan ini diadakan adalah untuk pelajar lebih memahami sebutan bahasa inggeris tanpa membaca seni kata yang diberikan.




2. Kelas email (gmail) & google drive

Mendedahkan pelajar dengan aplikasi yang disediakan pihak google yang memudahkan mereka berkongsi fail pada masa akan datang.



3. Video editing (movie maker)

Memfokuskan aplikasi movie maker sebagai salah satu medium mengedit video.




Berikut adalah salah satu hasil yang kerjasama pelajar dan pengajar untuk ulangtahun ITU yang lepas menggunakan movie maker :) Kreatif bukan?


4. Klik dengan bijak

Pelajari mengenai keselamatan internet. Bukan itu sahaja, pelajar juga mengetahui apa itu buli cyber... Buli cyber??



5. Animated GIF (photoscape)

Edit gambar bergerak macam video?? Hebat kan.. Photoscape ade fungsi untuk mengedit macam tu.



6. Google hangout

Chat? Video call? Sekarang hanya dihujung jari :)



Bagaimana? Menarik bukan? Sebenarnya ade lagi aktiviti PCS yang berlangsung selama 2 hari dalam jadual. Tapi kita asingkan post ye. Bagi eksklusif sikit..hehe. Jumpa di post akan datang :)

Ouh ya, sekiranya ingin menyertai apa-apa kelas yang kami anjurkan atau ingin mengetahui kelas yang akan dijalankan sila like facebook kami : Pusat Internet 1 Malaysia Presint 16 :)

0 comments:

Post a Comment