Wednesday 18 March 2015

Posted by Unknown Posted on 14:49 | No comments

Kursus Simplified Facebook Marketing

Pada 12 & 13 March 2015, sekali lagi admin telah bergabung tenaga bersama PI1M Presint 18 dan PI1M Presint 9 Fasa 10 untuk mengadakan kursus 'Simplified Facebook Marketing'. Kursus ini diadakan untuk usahawan terutamanya bagi mereka yang menjalankan 'kedai online'. Kami juga menjemput seorang pakar dalam bidang pemasaran 'online' untuk memberikan kursus SFM ini. Kursus ini dikelolakan oleh Puan Shakirah Binti Abdul Karim iaitu CEO/pengasas Minda Trafik.



Seramai 27 usahawan telah menyertai kursus SFM yang bertempat di Bilik Latihan, Pusat Internet 1Malaysia Presint 9 Fasa 10. Bilik latihan juga telah disusun agar semua peserta menjalani kursus dengan selesa.




Untuk hari pertama, kami diajar bagaimana untuk menggunakan kata kunci yang amat berkesan dalam pencarian google. Semua sedia maklum bahawa google merupakan enjin pencarian yang sering digunakan oleh pengguna internet diseluruh dunia. Disini juga kami diajar bagaimana untuk mencari kehendak atau masalah pelanggan sasaran untuk menetapkan target pemasaran.

Pada hari kedua pula, kami diajar untuk membina laman page facebook yang lengkap termasuklah dari segi setup cover sehinggalah kata kunci yang perlu digunakan di page facebook. Kami juga diajar untuk menggunakan fb ads dengan langkah yang bijak agar kita tidak membazir dalam menggunakan fb ads.



Pelbagai testimoni dan saranan yang positif kami dapati daripada peserta yang hadir. Malah mereka juga meminta agar kami menyediakan kelas seperti kursus SFM pada masa akan datang.
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment