Thursday 9 April 2015

Posted by Unknown Posted on 11:00 | 1 comment

Bengkel Bisnes Bersistem

Setiap yang mempunyai peniagaan semestinya menginginkan perniagaan mereka tersusun dan mempunyai sistem agar dapat jejak segala aliran keluar masuk kewangan perniagaan dan juga data-data pelanggan untuk memudahkan peniaga menjalankan kajian untuk memperbaiki perniagaan.



Sesiapa sahaja yang baranggapan perniagaan hanya menggunakan aktiviti mejual dan membeli adalah salah. Setiap peniaga harus atau wajib menggunakan sistem agar perniagaan menjadi kukuh dan sentiasa berdaya saing. Dengan itu pada 29 Mac 2015, PI1M Presint 16 telah menyediakan tempat latihan untuk satu kelab peniagaan menjalankan Bengkel Bisnes Bersistem.


Admin dapati bengkel yang diadakan ini sangat bagus terutama peniaga yang menjalankan perniagaan online. Ini kerana sistem yang diajar dapat menyimpan data pelanggan yang telah berurusan dengan peniaga. Dangan data pelanggan, peniaga mudah menjalankan kajian pelanggan untuk meningkatkan taraf produktif perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Untuk mengetahui bengkel akan datang yang dianjurkan kelab ini sila ke 
https://www.facebook.com/pages/Bengkel-Bisnes-Bersistem/1583013858649336?pnref=story


Categories:

1 comment: