Friday 10 April 2015

Posted by Unknown Posted on 08:00 | No comments

Program Cuti Sekolah 2015 Fasa 1

Cuti sekolah kini kembali, walaupun hanya seminggu sekolah bercuti tetapi tidak seharusnya kita mensia-siakan cuti yang ada dengan melepak mahupun bersuka-ria di pusat membeli belah. Admin tak melarang untuk adik-adik berkumpul dengan kawan-kawan dan melegakan stress. Tetapi ada cara yang santai dan memberi manfaat sekiranya kita lakukannya dengan cara yang betul.


Antaranya, berkongsi idea sesama kawan-kawan untuk menghasilkan satu gambar seni yang cukup indah. Pada 18 mac yang lalu, PI1M Presint 16 telah mengadakan kelas mengedit gambar menggunakan aplikasi online. Aplikasi yang cukup mudah tetapi mampu untuk menghasilkan gambar yang cukup 'deebak!'





Menariknya, adik-adik disini teruja dan terus berkongsi gambar yang dihasilkan ke laman sosial seperti facebook dan mendapat banyak like dan komen yang positif. Disamping diberikan ilmu mengedit gambar. Admin juga turut menasihatkan adik-adik agar sentiasa klik dengan bijak walaupun ketika berkongsi hasil olahan gambar ke laman sosial. Kita harus sentiasa waspada kerana jenayah berada di mana-mana.

Cuti sekolah akan datang admin nak buat satu minggu istimewa bertemakan permainan tradisional. Adik-adik bersetuju tak?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Pembaca boleh memberi cadangan dan pandangan di ruangan dibawah dan mungkin cadangan anda akan kami gunakan sebagai kelas atau acara kami yang akan datang :)

0 comments:

Post a Comment