Friday 10 April 2015

Posted by Unknown Posted on 08:00 | No comments

Program Cuti Sekolah 2015 Fasa 1

Cuti sekolah kini kembali, walaupun hanya seminggu sekolah bercuti tetapi tidak seharusnya kita mensia-siakan cuti yang ada dengan melepak mahupun bersuka-ria di pusat membeli belah. Admin tak melarang untuk adik-adik berkumpul dengan kawan-kawan dan melegakan stress. Tetapi ada cara yang santai dan memberi manfaat sekiranya kita lakukannya dengan cara yang betul.


Antaranya, berkongsi idea sesama kawan-kawan untuk menghasilkan satu gambar seni yang cukup indah. Pada 18 mac yang lalu, PI1M Presint 16 telah mengadakan kelas mengedit gambar menggunakan aplikasi online. Aplikasi yang cukup mudah tetapi mampu untuk menghasilkan gambar yang cukup 'deebak!'





Menariknya, adik-adik disini teruja dan terus berkongsi gambar yang dihasilkan ke laman sosial seperti facebook dan mendapat banyak like dan komen yang positif. Disamping diberikan ilmu mengedit gambar. Admin juga turut menasihatkan adik-adik agar sentiasa klik dengan bijak walaupun ketika berkongsi hasil olahan gambar ke laman sosial. Kita harus sentiasa waspada kerana jenayah berada di mana-mana.

Cuti sekolah akan datang admin nak buat satu minggu istimewa bertemakan permainan tradisional. Adik-adik bersetuju tak?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Pembaca boleh memberi cadangan dan pandangan di ruangan dibawah dan mungkin cadangan anda akan kami gunakan sebagai kelas atau acara kami yang akan datang :)

Thursday 9 April 2015

Posted by Unknown Posted on 11:00 | 1 comment

Bengkel Bisnes Bersistem

Setiap yang mempunyai peniagaan semestinya menginginkan perniagaan mereka tersusun dan mempunyai sistem agar dapat jejak segala aliran keluar masuk kewangan perniagaan dan juga data-data pelanggan untuk memudahkan peniaga menjalankan kajian untuk memperbaiki perniagaan.



Sesiapa sahaja yang baranggapan perniagaan hanya menggunakan aktiviti mejual dan membeli adalah salah. Setiap peniaga harus atau wajib menggunakan sistem agar perniagaan menjadi kukuh dan sentiasa berdaya saing. Dengan itu pada 29 Mac 2015, PI1M Presint 16 telah menyediakan tempat latihan untuk satu kelab peniagaan menjalankan Bengkel Bisnes Bersistem.


Admin dapati bengkel yang diadakan ini sangat bagus terutama peniaga yang menjalankan perniagaan online. Ini kerana sistem yang diajar dapat menyimpan data pelanggan yang telah berurusan dengan peniaga. Dangan data pelanggan, peniaga mudah menjalankan kajian pelanggan untuk meningkatkan taraf produktif perniagaan ke tahap yang lebih baik.

Untuk mengetahui bengkel akan datang yang dianjurkan kelab ini sila ke 
https://www.facebook.com/pages/Bengkel-Bisnes-Bersistem/1583013858649336?pnref=story


Posted by Unknown Posted on 04:00 | No comments

Mini Karnival PI1M Putrajaya

Selepas Kursus SFM yang admin cerita di Kursus Simplified Facebook Marketing Kami meneruskan aktiviti kami dengan Mini Karnival PI1M Putrajaya. Tujuan Mini Karnival ini diadakan adalah untuk memberi platfom kepada para usahawan kecil untuk berniaga, disamping itu, kami juga ingin memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia kepada komuniti. 

Bersama-sama antara usahawan yang turut memeriahkan Mini Karnival PI1M Putrajaya


Pelbagai aktiviti yang terlah disediakan antaranya :-
  • Pertandingan Treasure Hunt
  • Pendaftaran keahlian PI1M percuma
  • aktiviti jualan
  • Taklimat MARA

Kelab wartawan dan karyawan muda bersama-sama myputrajayanews turut membuka booth bagi memperkenalkan kepada komuniti.


Jutaan terima kasih diucapkan kepada urusetia program dan kepada orang ramai yang hadir ke Mini Karnival PI1M Putrajaya.