Tuesday 27 January 2015

Haa.. asik bercerita pasal PI1M Presint 16 je kan. kali ni kita buka minda sikit untuk ceritakan tentang sejarah yang berkaitan dengan komputer mahupun internet. Mesti ramai yang tak pernah tahu, kalau ade yang tahu pun pasti segelintir saja. Yela, dekat sekolah cuma belajar pasal sejarah negara kan.. bukan nak cakap sejarah negara tu tak penting. Penting sangat lagi-lagi masuk peperiksaan kan? Point admin cuma nak bagitahu sejarah mengenai perkara lain pun penting juga. Betul tak?

Untuk permulaan segmen "tahukah anda" ni. Admin nak mulakan dengan sejarah mengenai simbol '@' yang wujud dalam email semua orang. Semua perasan kan, setiap domain email mesti mempunyai simbol '@' ni. Termasuklah yahoo, google, hotmail, malah email official untuk sesetengah syarikat pun memakai simbol '@' ni.
 
Sejarah simbol '@'


Pada tahun 1971, Ray Tomlinson berjaya menyempurnakan program email yang diciptanya pada tahun 1970. Satu-satunya sistem yang mampu menghantar email diantara pengguna yang berlainan domain yang bersambung dengan ARPAnet yang mana sebelum ini email hanya boleh dihantar kepada pengguna lain melalui komputer yang sama sahaja. Pada tahun yang sama iaitu program email disempurnakan, lambang '@' juga diperkenalkan sebagai lambang penting yang menunjukkan 'at' atau 'pada'. Dimana, lambang ini penting untuk mengasingkan antara pengguna dengan mesin yang digunakan.

Serba sedikit mengenai Ray Tomlinson


Nama : Ray Tomlinson
Tempat kelahiran : Amsterdam, New York
Pendidikan :
  • Broadalbin Central School, NY
  • Rensselaer Polytechnic Institute, Troy, NY
  • Massachusetts Institute of Technology 
Pencapaian :
  • Co-op program dengan International Business Machines Corporation (IBM)
  • Bachelor Science Degree in Electrical Engineering - 1963
  • Master od Science in Electrical Engineering - 1965
  • George R. Stibitz Computer Pioneer Award daripada American Computer Museum (dengan kerjasama Computer Science Department of Montana State University) - 2000
  • Webby Award daripada International Academy of Digital Arts and Sciences -2001
  • Diserapkan masuk ke Rensselaer Alumni Hall of Fame - 2001
  • Innovation Award dari Discover Magazine. - 2002
  • IEEE Internet Award - 2004
  • Prince of Asturias award untuk penyelidikan saintifik dan teknikal - 2009
  • Tersenarai tempat ke 4 dalam top 150 inovasi dan idea-idea dari IMT - 2011
  • Diserap masuk ke Internet Hall of Fame oleh Persatuan Internet. - 2012
Sumber : Wikipedia.

Categories: ,

0 comments:

Post a Comment