Wednesday 11 November 2015

Posted by Unknown Posted on 12:51 | No comments

Kembara Ilmu PI1M Putrajaya

Pada 24 oktober yang lepas, PI1M Putrajaya telah bekerjasama untuk menyertai kembara ilmu anjuran Biro Pendidikan Wilayah Persekutuan. Tujuan utama Pi1M Putrajaya adalah memberi panduan mengenai keselamatan internet melalui kempen Klik Dengan Bijak yang disarankan oleh pihak MCMC.


 

Seramai 9 buah sekolah yang menyertai kembara ilmu ini seperti :-

1.SMA Majlis Agama Islam WP 
2. Maktab Tentera Diraja
3. SM Sains Selangor
4. SMK Sekolah Danau Kota
5. Darul Kifayah (MAIWP)
6. SMK Seri Bintang Utara
7. SMK La Salle Brickfields 
8. SMK Seri Ampang
9. SMK Damansara Damai 1

Pengurus PI1M Putrajaya  secara tidak langsung telah terlibat dalam membantu pihak penganjur untuk mengendalikan pendaftaran, penyerahan beg (buku serta alat tulis), serta penyerahan makanan kepada para pelajar yang terlibat.




Posted by Unknown Posted on 12:34 | No comments

Hari Sukan Negara 10.10.2015

Serentak satu Malaysia menyambut Hari Sukan Negara 2015 pada 10.10.2015. Hari Sukan Negara ni diadakan pada pelbagai tempat di setiap negeri termasuklah negeri pentakbiran negara iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. 



Hari Sukan Negara di Putrajaya diadakan di dataran kehakiman yang dapat menampung seramai lebih 500 ribu pengunjung. Kami juga sebagai Pusat Internet 1Malaysia sekitar Putrajaya dan Semenyih telah bekerjasama untuk menyertai hari yang meriah ini. Kami menyediakan pelbagai promosi dan games yang menarik minat pengunjung. Antaranya:-

  • Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB)
  • Susun Semua Abjad
  • Teka Silang Kata
  • Word Search
  • Promosi keahlian PI1M secara percuma
  • Pendaftaran e-kelas
  • Pendaftaran kelas usahawan


Pelajar sekolah yang mencuba games yang disediakan.

Antara Pengunjung yang hadir bersama keluarga. 

Disamping itu, kami juga beramah mesra bersama VIP dan artis yang turut hadir ke booth kami.







Insyaallah, kami akan menambah lagi aktiviti luar seperti ini pada masa akan datang :)

Thursday 3 September 2015

Posted by Unknown Posted on 13:03 | No comments

Riang Merdeka Raya

Bissmillahhirrahmanirrahim

Hai tuan/puan/adik/abang/kakak sekalian :)

Alhamdulillah, selesai juga sebulan kita berpuasa dan selesai juga sebulan kita beraya bersama. Alangkah indahnya apabila kita daoat sama-sama meraikan hari kemenangan buat kita ini. Ada juga yang sedang berdukacita akibat kehilangan sanak saudara sebelum atau pada hari kemenangan ini. Takziah diucapkan..

Apepun, kita tidak seharusnya berduka, yang hidup perlu diteruskan bukan? Doa dan sedekah, hanya itu yang boleh diberikan. 

Sempena hari raya yang baru berakhir baru-baru ini, PI1M Presint 16 telah meraikan bersama adik-adik dan komuniti yang berada di sekitar presint 16. kami juga mengyuntik semangat patriotik dengan menyelit sedikit aktiviti berkaitan dengan kemerdekaan negara.

Aktiviti yang dimaksudkan ialah tayangan perdana mengenai kemerdekaan dan treasure hunt edisi raya dan merdeka yang menguji ilmu mengenai kemerdekaan dan hari raya.





Ini merupakan antara kumpulan yang memenangi treasure hunt merdeka raya PI1M Presint 16. Tahniah diucapkan.




Selepas aktiviti diadakan, jamuan diadakan untuk semua yang hadir.






Wednesday 8 July 2015

Pada cuti sekolah yang lepas, Pusat Internet 1 Malaysia Presint 16 telah mengadakan program cuti sekolah bagi mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah disamping merapatkan hubungan antara mereka.

1. Tayangan Perdana & Klik dengan bijak

Untuk permulaan PCS ini, kami ingin mewujudkan suasana santai sambil pelajar dapat melegakan tekanan ketika musim persekolahan berlangsung. Tujuan utama tayangan ini diadakan adalah untuk pelajar lebih memahami sebutan bahasa inggeris tanpa membaca seni kata yang diberikan.




2. Kelas email (gmail) & google drive

Mendedahkan pelajar dengan aplikasi yang disediakan pihak google yang memudahkan mereka berkongsi fail pada masa akan datang.



3. Video editing (movie maker)

Memfokuskan aplikasi movie maker sebagai salah satu medium mengedit video.




Berikut adalah salah satu hasil yang kerjasama pelajar dan pengajar untuk ulangtahun ITU yang lepas menggunakan movie maker :) Kreatif bukan?


4. Klik dengan bijak

Pelajari mengenai keselamatan internet. Bukan itu sahaja, pelajar juga mengetahui apa itu buli cyber... Buli cyber??



5. Animated GIF (photoscape)

Edit gambar bergerak macam video?? Hebat kan.. Photoscape ade fungsi untuk mengedit macam tu.



6. Google hangout

Chat? Video call? Sekarang hanya dihujung jari :)



Bagaimana? Menarik bukan? Sebenarnya ade lagi aktiviti PCS yang berlangsung selama 2 hari dalam jadual. Tapi kita asingkan post ye. Bagi eksklusif sikit..hehe. Jumpa di post akan datang :)

Ouh ya, sekiranya ingin menyertai apa-apa kelas yang kami anjurkan atau ingin mengetahui kelas yang akan dijalankan sila like facebook kami : Pusat Internet 1 Malaysia Presint 16 :)

Wednesday 27 May 2015

Posted by Unknown Posted on 17:10 | No comments

Gajet sebagai penjaga atau pengasuh anak?

Sedang sibuk menguruskan kerja rumah, tiba-tiba terdengar bunyi riuh anak-anak di ruang tamu. Bila dijenguk rupa-rupanya pasu bunga kesayangan pecah gara-gara anak bermain bola didalam rumah. Waktu melipat baju pun anak sibuk 'membantu' melipat, hasilnya 2 jam masih tak selesai melipat. Kaedah yang mudah untuk mengurangkan gangguan daripada anak-anak dengan memberi habuan berbentuk gajet untuk melekakan anak-anak bagi memudahkan kerja rumah. 

Gambar hiasan. Sumber: Google image


Itu adalah salah satu situasi yang berlaku dizaman ini. Tidak dinafikan kanak-kanak era ini membesar dengan pelbagai peranti mudah alih seperti tablet. Tidak kira murah atau pun mahal, bahkan bayi berusia 8 bulan sudah mempunyai tablet sendiri. Dengan alasan, tablet boleh membantu anak-anak untuk bermain, belajar dan juga berhibur. 

Berikut merupakan fakta yang menarik mengenai tablet yang digunakan kanak-kanak :-

  • Mata kanak-kanak boleh cepat rabun sekiranya terlalu lama melihat skrin paparan tablet atau komputer. Mungkin disebabkan oleh sinaran yang dipancarkan dari skrin paparan tablet tersebut.
  • Tablet yang dilengkapi Wifi lebih murah daripada tablet yang dilengkapi Wifi dan 3G/4G. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengawal capaian internet dengan lebih mudah apabila menggunakan rangkaian Wifi di rumah.
  • Untuk mengurangkan risiko kerosakan, ibu bapa perlu melengkapi tablet dengan pelindung skrin selain case yang sesuai. Atau, mereka boleh memilih model tablet yang direka khas untuk kegunaan kanak-kanak.
  • Ibu bapa tidak perlu membeli tablet yang mahal untuk anak-anak kerana mereka kurang cermat apabila mengendalikan peranti elektronik berbanding orang dewasa. Insiden seperti terjatuh boleh berlaku.
  • Perlu beringat jika selalu membeli belah dalam talian melalui tablet yang dikongsi kerana udah ada kes dimana anak menggunakan kad kredit ibu bapa (tanpa disedari) untuk membeli item seperti permainan online.
  • Ada tablet yang direka khursus untuk kegunaan kanak-kanak. Peranti tersebut lazimnya dijual dengan harga mampu milik dan sesetengah model turut menampilkan ciri-ciri tertentu.

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam membiarkan anak-anak dengan gajet seperti tablet. Namun, seharusnya diseimbangkan agar perkembangan otak anak-anak tidak terhad kepada gajet sahaja. 

Sumber : Majalah PC edisi disember 2014

Thursday 7 May 2015

Posted by Unknown Posted on 18:13 | No comments

Kekosongan Jawatan


Peluang pekerjaan bagi sesiapa yang berminat.

Sila hantar butiran berikut:-
Nama Penuh :
No kad pengenalan :
Tempat permohonan :
Jawatan :

attach cover letter dan resume yang lengkap

ke email :
hed.pi1m@neramal.com.my

Sebelum 12 Mei 2015





Friday 10 April 2015

Posted by Unknown Posted on 08:00 | No comments

Program Cuti Sekolah 2015 Fasa 1

Cuti sekolah kini kembali, walaupun hanya seminggu sekolah bercuti tetapi tidak seharusnya kita mensia-siakan cuti yang ada dengan melepak mahupun bersuka-ria di pusat membeli belah. Admin tak melarang untuk adik-adik berkumpul dengan kawan-kawan dan melegakan stress. Tetapi ada cara yang santai dan memberi manfaat sekiranya kita lakukannya dengan cara yang betul.


Antaranya, berkongsi idea sesama kawan-kawan untuk menghasilkan satu gambar seni yang cukup indah. Pada 18 mac yang lalu, PI1M Presint 16 telah mengadakan kelas mengedit gambar menggunakan aplikasi online. Aplikasi yang cukup mudah tetapi mampu untuk menghasilkan gambar yang cukup 'deebak!'





Menariknya, adik-adik disini teruja dan terus berkongsi gambar yang dihasilkan ke laman sosial seperti facebook dan mendapat banyak like dan komen yang positif. Disamping diberikan ilmu mengedit gambar. Admin juga turut menasihatkan adik-adik agar sentiasa klik dengan bijak walaupun ketika berkongsi hasil olahan gambar ke laman sosial. Kita harus sentiasa waspada kerana jenayah berada di mana-mana.

Cuti sekolah akan datang admin nak buat satu minggu istimewa bertemakan permainan tradisional. Adik-adik bersetuju tak?

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<<

Pembaca boleh memberi cadangan dan pandangan di ruangan dibawah dan mungkin cadangan anda akan kami gunakan sebagai kelas atau acara kami yang akan datang :)