Wednesday 18 February 2015

Alhamdulillah, pada tarikh 14 Februari 2015. Admin telah bekerjasama dengan PI1M Presint 18, Putrajaya untuk mengadakan kelas keusahawanan yang memfokuskan mengenai pemasaran dan bagaimana membuat iklan dengan lebih berkesan. 

Pada mulanya, admin tidak terfikir untuk mengadakan kerjasama dengan PI1M lain untuk mengadakan kelas keusahawanan yang admin jalankan sebulan sekali ini. Tetapi dengan saranan dan cadangan daripada manager PI1M Presint 18 itu sendiri, why not admin cuba. Sambil-sambil admin boleh juga belajar serba sedikit ilmu yang turut dikongsikan oleh manager dari PI1M Presint 18.

Sesi pengenalan permulaan kelas
Kelas dijalankan selama satu hari daripada pukul 9.30 pagi sehinggalah 5.30 petang. Kenapa sehari? kenapa tak dua hari? Cukup ke sehari nak belajar pasal pemasaran? Tak bosan ke seharian belajar? Konfem ramai yang bertanyakan soalan-soalan sedemikian. Keputusan untuk buat kelas selama sehari ni dibuat lepas mengambil kira faktor peserta yang semestinya ada diantara mereka bekerja dan sibuk pada hari biasa dan pastinya tidak cukup untuk kita belajar mengenai pemasaran selama satu hari. Tetapi di kelas ini, kami hanya fokus kepada point yang penting dan tips-tips mengenai pemasaran yang berkesan. Berbaloi atau tidak, bergantung dengan cara penerimaan anda sebagai peserta. Kami disini hanya berkonsi sedikit ilmu untuk membantu para usahawan yang ingin berusaha untuk berjaya. Pastinya kelas kami sediakan ini amat lah murah iaitu PERCUMA!
Antara peserta yang hadir

Sesi pertama iaitu sesi pagi, peserta menerima ilmu yang dikongsikan oleh PI1M admin sendiri iaitu Cik Farah Asst manager PI1M Presint 16. Beliau berkongsi mengenai strategi pemasaran berkesan dan tips-tips ringkas tetapi penting untuk usahawan yang ingin berjinak-jinak dengan online. 
Sesi pertama

Sesi kedua iaitu sesi petang pula, peserta dilimpahkan dengan ilmu pengiklanan daripada Cik Maya iaitu manager PI1M Presint 18. Beliau bukan sahaja berkongsi ilmu pengiklanan berkesan malah ilmu yang beliau perolehi semasa mengikuti kursus Dr. Azizan Osman. 
Sesi kedua

 Kelas berakhir dengan lancar dan kami harap perkongsian kami dapat membantu peserta dalam perjalanan usahawan mereka. Berikut merupakan sesi penyampaian cenderahati dan sijil kepada peserta yang hadir.

Peserta terbaik perempuan : Penjawat awam & bakal usahawan

Peserta terbaik lelaki : Usahawan Emas
 Peserta lain juga turut mendapat cenderahati dan sijil.





Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan program kami :)

Monday 9 February 2015

Posted by Unknown Posted on 10:36 | No comments

Kenduri 1 Wilayah Persekutuan

Kenduri 1 Wilayah Persekutuan yang telah diadakan hari ini (7 Februari 2015) mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ramai yang hadir termasuklah penduduk di luar Putrajaya datang memeriahkan program ini. 

Untuk tahun ni, kenduri yang bersempena Hari Wilayah diadakan pada 3 tempat iaitu Putrajaya (7 Feb 2015), Kuala Lumpur (14 Feb 2015), dan Labuan (28 Feb 2015). 


Memandangkan ianya program mendekati komuniti, kami langsung mengambil kesempatan untuk menyertai Kenduri 1Wilayah Persekutuan ini. Sekali gus mengeratkan hubungan antara komuniti dan PI1M Putrajaya. Memandangkan ianya satu program yang besar, kami di PI1M presint 16 bergabung dengan kesemua PI1M yang ada di Putrajaya yang menjadikan keseluruhannya berjumlah 4 PI1M iaitu PI1M Presint 16, PI1M Presint 18, PI1M Presint 9 Fasa 3 dan PI1M presint 9 Fasa 10.


Banyak aktiviti yang menarik yang disediakan oleh penganjur untuk Kenduri 1 Wilayah Presekutuan termasuklah acara cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan sangat lumayan. Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga. Admin dah berangan dapat hadiah utama tu, tapi tak cukup bertuah pulak :)

Booth kami juga membuka pendaftaran keahlian secara PERCUMA dan pendaftaran kelas keusahawanan yang bakal diadakan pada sabtu (14 Feb 2015). Sambutannya amat menggalakkan! Admin menjadi teruja bila melihat sambutan daripada komuniti yang hadir di program ini. 


Tengoklah kehangatan daripada sambutan orang ramai di booth kami. Seawal 8.30 pagi, booth kami dipenuhi dengan komuniti daripada seluruh Putrajaya yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai PI1M sekali gus mendaftar menjadi ahli di PI1M kami. 


Teruja tak habis lagi ni. Bila kami juga turut dijemput bergambar bersama Menteri Wilayah Persekutuan,YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut hadir bagi merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Putrajaya. Turut hadir di program ini, Tan Sri Dato Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat iaitu Presiden Turus 3 Perbadanan Putrajaya.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada MCMC yang membantu kami ketika program, pengurus PI1M dan kesemua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menempatkan kami sebagai salah satu booth di program ini. 


p/s : Alhamdulillah... kami berjaya mengumpul hampir 600 keahlian baru bagi seluruh PI1M Putrajaya. Terima kasih :)

Wednesday 4 February 2015

Kebanyakan orang sekarang gemar menggunakan internet sebagai sumber pendapatan mereka. Namun, tidak ramai yang mengetahui terdapat banyak lagi laman web yang boleh digunakan. Antaranya...

1. Google Adsense



Ia adalah kaedah inovatif untuk menjana pendapatan dengan mudah. Tetapi untuk menggunakannya anda perlu mempunyai website/blog anda sendiri ataupun akaun youtube dimana anda boleh menyiarkan iklan tersebut. Dengan adanya blog/website/youtube, anda boleh meninggalkan ruang di mana anda mahu memaparkan iklan tersebut. Para pengiklan seluruh dunia akan membuat tawaran untuk meletakkan iklan di laman web and pada masa yang sesuai. Tawaran yang tertinggi akan memaparkan iklan di laman web anda dan Google Adsense akan menguruskan proses bil dan pembayaran dari pembida kepada anda. mereka juga menguruskan lalu lintas rangkaian untuk iklan yang diletakkan di laman web anda. Google adsense kini adalah rangkaian pengiklanan/penerbit di internet yang terbesar dan digunakan oleh technofication. Technotification adalah kandungan portal pintar yang mensasarkan orang yang berminat dalam teknologi, ciptaan, komputer dan hacking.

2. Freelancer.com



Freelancer merupakan pemasaran sumber luar terbesar di dunia. Ia membantu anda mendapatkan projek-projek kerja dengan mudah selepas mendaftar dan membina profile di freelancer.com, dimana anda boleh menyenaraikan pengalaman anda, harapan, minat dan projek yang dilakukan. Menggunakan sistem tawaran dimana anda meletakkan tawaran bagi mendapatkan projek untuk dilaksanakan. Pembeli akan menghubungi anda berdasarkan tawaran anda.

3. Fiver.com



Ia merupakan laman web yang menakjubkan yang menyediakan 'interface' antara pengguna yang memerlukan perkidmatan dan pengguna yang mempunyai kemampuan untuk menyedikan perkhidmatan. Mendaftar dengan mudah dan percuma dan boleh menyambung melalui akaun facebook. Untuk mnerima tempahan pada laman ini anda harus mencipta Gig. Ia hanya istilah untuk kualiti dan perkhidmatan anda yang ingin diberikan. Anda juga boleh memberikan beberapa maklumat mengenai kaedah pembayaran pilihan. \

4. Odesk.com



Ini juga antara laman web yang memudahkan pencarian freelancer atau menjadi freelancer bagi memudahkan perkerjaan anda melalui komputer. Odesk menyediakan anda apa-apa kerja melalui komputer secara berterusan atau masa yang singkat. Ia juga menyediakan cara pembayaran yang ringkas sama ada menggunakan kredit kad, paypal atau akaun bank. Pembayaran dilakukan sebaik sahaja kerja dimulakan dan laman web tersebut menyimpan 10% daripada semua transaksi yang dilakukan, ia mungkin sejam atau setiap projek.

5. Envato Market



Ekosistem Envato terhadap pasaran digital membantu berjuta-juta orang di seluruh dunia untuk menjadi kreatif dan menjana pendapatan melaluinya. Dengan akaun Envato Market, anda boleh membeli dan menjual item seperti yang tertera di laman web Envato Market dan juga membuat pelbagai aktiviti yang berkaitan. Envato Market memudahkan urusniaga antara pemilik, pembeli, dan penulis melalui kaedah pembayaran.

6. Elance



Elance adalah pasaran terbesar di Internet untuk kerja-kerja bebas yang sah. Ia menyediakan antara pemuka yang mudah yang membolehkan anda untuk mencari pekerjaan dalam pelbagai bidang. Dari Penulisan dan terjemahan, untuk Web Design dan pengaturcaraan. Pada dasarnya, orang mengiklankan pekerjaan yang mereka mahu lakukan di laman web, dan anda mengemukakan cadangan untuk itu. Ianya semudah itu.

Sumber : http://www.techews.com/top-6-methods-make-money-online/