Thursday 8 January 2015

Posted by Unknown Posted on 14:01 | No comments

Program Cuti Sekolah 2014

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera semua

Alhamdulillah kita dah pun melangkah ke tahun 2015 dan pastinya ramai yang mempunyai azam baru atau mesing-masing masih stay dengan azam yang sama? Ape pun azam tahun baru kalian, diharapkan akan tercapai bila tahun 2015 ni berakhir :)

Untuk penutup tahun 2014, PI1M Presint 16 telah mengadakan Program Cuti sekolah (PCS) yang berlangsung sepanjang bulan disember. Banyak aktiviti dan pengetahuan yang diberi kepada pelajar yang menyertai PCS kami. Walaupun baru je pertama kali diadakan, namun sambutan sangat menggalakkan terutama mereka yang selalu berkunjung di sini.


PCS ni wujud bila dapat banyak permintaan dari pelajar yang duduk dekat area presint 16. Bukan je pelajar malah parents pun ada yang buat permintaan sebab dorang rasa budak-budak ni takde aktiviti yang bermanfaat untuk dibuat selain bermain, bermain dan bermain :)

Alhamdulillah, banyak pengetahuan yang mereka pelajari dan kami sebagai pengajar juga turut merasa gembira dapat berkongsi ilmu dan masa untuk mereka.

Tak nak taip lebih, jom lihat gambar-gambar sepanjang berlangsung PCS ni :)



Hasil pelajar untuk Hari penanda buku sangat menarik.


Banyak lagi ilmu akan kami kongsikan di PI1M Presint 16. Jangan lupa sentiasa follow kami di blog ini dan juga page fb kami Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16

Jumpa lagi di lain cerita :) 
sekian dari saya

0 comments:

Post a Comment