Wednesday, 27 May 2015

Posted by Pusat Internet 1Malaysia Presint 16 Posted on 17:10 | No comments

Gajet sebagai penjaga atau pengasuh anak?

Sedang sibuk menguruskan kerja rumah, tiba-tiba terdengar bunyi riuh anak-anak di ruang tamu. Bila dijenguk rupa-rupanya pasu bunga kesayangan pecah gara-gara anak bermain bola didalam rumah. Waktu melipat baju pun anak sibuk 'membantu' melipat, hasilnya 2 jam masih tak selesai melipat. Kaedah yang mudah untuk mengurangkan gangguan daripada anak-anak dengan memberi habuan berbentuk gajet untuk melekakan anak-anak bagi memudahkan kerja rumah. 

Gambar hiasan. Sumber: Google image


Itu adalah salah satu situasi yang berlaku dizaman ini. Tidak dinafikan kanak-kanak era ini membesar dengan pelbagai peranti mudah alih seperti tablet. Tidak kira murah atau pun mahal, bahkan bayi berusia 8 bulan sudah mempunyai tablet sendiri. Dengan alasan, tablet boleh membantu anak-anak untuk bermain, belajar dan juga berhibur. 

Berikut merupakan fakta yang menarik mengenai tablet yang digunakan kanak-kanak :-

  • Mata kanak-kanak boleh cepat rabun sekiranya terlalu lama melihat skrin paparan tablet atau komputer. Mungkin disebabkan oleh sinaran yang dipancarkan dari skrin paparan tablet tersebut.
  • Tablet yang dilengkapi Wifi lebih murah daripada tablet yang dilengkapi Wifi dan 3G/4G. Selain itu, ibu bapa juga boleh mengawal capaian internet dengan lebih mudah apabila menggunakan rangkaian Wifi di rumah.
  • Untuk mengurangkan risiko kerosakan, ibu bapa perlu melengkapi tablet dengan pelindung skrin selain case yang sesuai. Atau, mereka boleh memilih model tablet yang direka khas untuk kegunaan kanak-kanak.
  • Ibu bapa tidak perlu membeli tablet yang mahal untuk anak-anak kerana mereka kurang cermat apabila mengendalikan peranti elektronik berbanding orang dewasa. Insiden seperti terjatuh boleh berlaku.
  • Perlu beringat jika selalu membeli belah dalam talian melalui tablet yang dikongsi kerana udah ada kes dimana anak menggunakan kad kredit ibu bapa (tanpa disedari) untuk membeli item seperti permainan online.
  • Ada tablet yang direka khursus untuk kegunaan kanak-kanak. Peranti tersebut lazimnya dijual dengan harga mampu milik dan sesetengah model turut menampilkan ciri-ciri tertentu.

Terdapat kebaikan dan keburukan dalam membiarkan anak-anak dengan gajet seperti tablet. Namun, seharusnya diseimbangkan agar perkembangan otak anak-anak tidak terhad kepada gajet sahaja. 

Sumber : Majalah PC edisi disember 2014
Categories:

0 comments:

Post a Comment