Wednesday 11 November 2015

Posted by Unknown Posted on 12:51 | No comments

Kembara Ilmu PI1M Putrajaya

Pada 24 oktober yang lepas, PI1M Putrajaya telah bekerjasama untuk menyertai kembara ilmu anjuran Biro Pendidikan Wilayah Persekutuan. Tujuan utama Pi1M Putrajaya adalah memberi panduan mengenai keselamatan internet melalui kempen Klik Dengan Bijak yang disarankan oleh pihak MCMC.


 

Seramai 9 buah sekolah yang menyertai kembara ilmu ini seperti :-

1.SMA Majlis Agama Islam WP 
2. Maktab Tentera Diraja
3. SM Sains Selangor
4. SMK Sekolah Danau Kota
5. Darul Kifayah (MAIWP)
6. SMK Seri Bintang Utara
7. SMK La Salle Brickfields 
8. SMK Seri Ampang
9. SMK Damansara Damai 1

Pengurus PI1M Putrajaya  secara tidak langsung telah terlibat dalam membantu pihak penganjur untuk mengendalikan pendaftaran, penyerahan beg (buku serta alat tulis), serta penyerahan makanan kepada para pelajar yang terlibat.




Posted by Unknown Posted on 12:34 | No comments

Hari Sukan Negara 10.10.2015

Serentak satu Malaysia menyambut Hari Sukan Negara 2015 pada 10.10.2015. Hari Sukan Negara ni diadakan pada pelbagai tempat di setiap negeri termasuklah negeri pentakbiran negara iaitu Wilayah Persekutuan Putrajaya. 



Hari Sukan Negara di Putrajaya diadakan di dataran kehakiman yang dapat menampung seramai lebih 500 ribu pengunjung. Kami juga sebagai Pusat Internet 1Malaysia sekitar Putrajaya dan Semenyih telah bekerjasama untuk menyertai hari yang meriah ini. Kami menyediakan pelbagai promosi dan games yang menarik minat pengunjung. Antaranya:-

  • Kuiz Klik Dengan Bijak (KDB)
  • Susun Semua Abjad
  • Teka Silang Kata
  • Word Search
  • Promosi keahlian PI1M secara percuma
  • Pendaftaran e-kelas
  • Pendaftaran kelas usahawan


Pelajar sekolah yang mencuba games yang disediakan.

Antara Pengunjung yang hadir bersama keluarga. 

Disamping itu, kami juga beramah mesra bersama VIP dan artis yang turut hadir ke booth kami.







Insyaallah, kami akan menambah lagi aktiviti luar seperti ini pada masa akan datang :)