Sunday 21 December 2014

Posted by Unknown Posted on 15:04 | No comments

Hari terbuka pertama PI1M Presint 16

Pada 13 Disember yang lepas, kami mengadakan Hari Terbuka PI1M buat pertama kali. Walaupun pertama kali diadakan, kami bersyukur kerana sambutan sangat memberangsangkan dari jangkaan kami. 

Gambar-gambar persiapan Hari terbuka. Thanks adik-adik yang sudi membantu sehingga lewat malam. Sama-sama penat, dan sama-sama seronok ye :)



Kami sebagai manager di PI1M pun rasa sangat teruja untuk adakan Hari terbuka ni. Sampai tak tidur malam lah fikirkan pasal hari terbuka ni. 

Pelbagai aktiviti yang kami adakan, antaranya :

Taklimat usahawan daripada Amanah Ikhtihar Malaysia (AIM) yang kami jemput khas daripada cawangan Hulu Langat. Terima kasih En. Fizree kerana sudi memberikan taklimat yang bermanfaat buat kami.


Ramai jugak sambutan untuk taklimat usahawan ni, sampai kami terpaksa lanjutkan masa sebab bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada pegawai AIM daripada peserta yang berminat untuk menjadi sahabat ikhtihar.


Penggunaan internet percuma sepanjang hari. Daripada gambar pun dah nampak, kebanyakan yang gunakan PC semuanya dari adik-adik komuniti sini. Seronok betul dorang seharian main PC percuma.


Pertandingan teka silang kata dan word search puzzle. Penyertaan daripada mereka memang memberangsangkan, sampai kami menambah bilangan penyertaan sehingga ke luar ruang bilik latihan. Next time, kami akan buat pertandingan yang lebih menarik ye adik-adik :)


Taklimat Klik dengan Bijak (KDB). Walaupun mereka dah seringkali diingatkan untuk klik dengan bijak. Namun, peringatan yang berterusan tu penting agar mereka tak leka dan terjebak dengan jenayah cyber.


dan kami juga buat promosi kepada pengguna yang nak mendaftar sebagai ahli dengan tiada yuran keahlian bagi sesiapa yang mendaftar pada hari tersebut.

Akhir sekali, ni adalah antara muka-muka pemenang kami. Tahniah!!


Sunday 30 November 2014

Posted by Unknown Posted on 12:40 | No comments

Kemudahan PI1M Presint 16

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Kami menyediakan pelbagai kemudahan ICT yang memudahkan penduduk setempat dalam mempelajari, menikmati dan mengaplikasikannya. Kami juga membantu penduduk untuk lebih mendalami pengatahuan dalam bidang ICT disamping menggalakkan penduduk menjalankan perniagaan sampingan seperti meniaga atas talian.

Antara perkhidmatan yang kami sediakan:-

  • Internet
  • Pencetakan
  • Fotokopi
  • Scan
  • Menaip
Kami juga menyediakan latihan secara PERCUMA kepada penduduk setempat seperti:-
  • microsoft word
  • Microsoft Ecxel
  • Microsoft Power Point

Sunday 2 November 2014



Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu insiatif kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Sdn. Bhd dalam menyediakan kemudahan internet dan memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Putrajaya merupakan antara kawasan yang pertama melahirkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di kawasan bandar. 


Tengku Adnan merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Fasa 10 Presint 9

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Putrajaya Presint 16 telah selamat dirasmikan dan Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengu Adnan Tengku Mansor pada 24 Mei 2014. Majlis perasmian Pusat Internet 1 Malaysia telah berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10.


:Kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16
  • Kemudahan internet
  • Kemudahan wifi
  • Fotostat
  • Printing
  • kelas ICT (disediakan untuk setiap umur)

Kelas ICT terbuka kepada setiap ahli yang mendaftar, dan yuran pendaftaran dikenakan sekali seumur hidup iaitu hanya RM5.00 dan ahli yang sah layak menyertai kelas ICT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16 dengan PERCUMA. Ahli turut menikmati kadar caj perkhidmatan yang istimewa.