Sunday 2 November 2014



Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) merupakan satu insiatif kerajaan bersama-sama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Maxis Sdn. Bhd dalam menyediakan kemudahan internet dan memfokuskan kepada pemberian perkhidmatan ICT kepada komuniti tempatan di kawasan luar bandar. Putrajaya merupakan antara kawasan yang pertama melahirkan Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) di kawasan bandar. 


Tengku Adnan merasmikan Pusat Internet 1Malaysia di Fasa 10 Presint 9

Pusat Internet 1 Malaysia (PI1M) Putrajaya Presint 16 telah selamat dirasmikan dan Majlis perasmiannya telah disempurnakan oleh Kementerian Wilayah Persekutuan yang juga merupakan Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Seri Tengu Adnan Tengku Mansor pada 24 Mei 2014. Majlis perasmian Pusat Internet 1 Malaysia telah berlangsung di Pusat Internet 1 Malaysia Presint 9 Fasa 10.


:Kemudahan yang disediakan di Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16
  • Kemudahan internet
  • Kemudahan wifi
  • Fotostat
  • Printing
  • kelas ICT (disediakan untuk setiap umur)

Kelas ICT terbuka kepada setiap ahli yang mendaftar, dan yuran pendaftaran dikenakan sekali seumur hidup iaitu hanya RM5.00 dan ahli yang sah layak menyertai kelas ICT anjuran Pusat Internet 1 Malaysia Putrajaya Presint 16 dengan PERCUMA. Ahli turut menikmati kadar caj perkhidmatan yang istimewa.




Categories:

0 comments:

Post a Comment