Sunday 21 December 2014

Posted by Unknown Posted on 15:04 | No comments

Hari terbuka pertama PI1M Presint 16

Pada 13 Disember yang lepas, kami mengadakan Hari Terbuka PI1M buat pertama kali. Walaupun pertama kali diadakan, kami bersyukur kerana sambutan sangat memberangsangkan dari jangkaan kami. 

Gambar-gambar persiapan Hari terbuka. Thanks adik-adik yang sudi membantu sehingga lewat malam. Sama-sama penat, dan sama-sama seronok ye :)



Kami sebagai manager di PI1M pun rasa sangat teruja untuk adakan Hari terbuka ni. Sampai tak tidur malam lah fikirkan pasal hari terbuka ni. 

Pelbagai aktiviti yang kami adakan, antaranya :

Taklimat usahawan daripada Amanah Ikhtihar Malaysia (AIM) yang kami jemput khas daripada cawangan Hulu Langat. Terima kasih En. Fizree kerana sudi memberikan taklimat yang bermanfaat buat kami.


Ramai jugak sambutan untuk taklimat usahawan ni, sampai kami terpaksa lanjutkan masa sebab bertubi-tubi soalan yang diajukan kepada pegawai AIM daripada peserta yang berminat untuk menjadi sahabat ikhtihar.


Penggunaan internet percuma sepanjang hari. Daripada gambar pun dah nampak, kebanyakan yang gunakan PC semuanya dari adik-adik komuniti sini. Seronok betul dorang seharian main PC percuma.


Pertandingan teka silang kata dan word search puzzle. Penyertaan daripada mereka memang memberangsangkan, sampai kami menambah bilangan penyertaan sehingga ke luar ruang bilik latihan. Next time, kami akan buat pertandingan yang lebih menarik ye adik-adik :)


Taklimat Klik dengan Bijak (KDB). Walaupun mereka dah seringkali diingatkan untuk klik dengan bijak. Namun, peringatan yang berterusan tu penting agar mereka tak leka dan terjebak dengan jenayah cyber.


dan kami juga buat promosi kepada pengguna yang nak mendaftar sebagai ahli dengan tiada yuran keahlian bagi sesiapa yang mendaftar pada hari tersebut.

Akhir sekali, ni adalah antara muka-muka pemenang kami. Tahniah!!


0 comments:

Post a Comment