Monday 9 February 2015

Posted by Unknown Posted on 10:36 | No comments

Kenduri 1 Wilayah Persekutuan

Kenduri 1 Wilayah Persekutuan yang telah diadakan hari ini (7 Februari 2015) mendapat sambutan yang memberangsangkan. Ramai yang hadir termasuklah penduduk di luar Putrajaya datang memeriahkan program ini. 

Untuk tahun ni, kenduri yang bersempena Hari Wilayah diadakan pada 3 tempat iaitu Putrajaya (7 Feb 2015), Kuala Lumpur (14 Feb 2015), dan Labuan (28 Feb 2015). 


Memandangkan ianya program mendekati komuniti, kami langsung mengambil kesempatan untuk menyertai Kenduri 1Wilayah Persekutuan ini. Sekali gus mengeratkan hubungan antara komuniti dan PI1M Putrajaya. Memandangkan ianya satu program yang besar, kami di PI1M presint 16 bergabung dengan kesemua PI1M yang ada di Putrajaya yang menjadikan keseluruhannya berjumlah 4 PI1M iaitu PI1M Presint 16, PI1M Presint 18, PI1M Presint 9 Fasa 3 dan PI1M presint 9 Fasa 10.


Banyak aktiviti yang menarik yang disediakan oleh penganjur untuk Kenduri 1 Wilayah Presekutuan termasuklah acara cabutan bertuah. Hadiah yang disediakan sangat lumayan. Hadiah utama sebuah kereta Proton Saga. Admin dah berangan dapat hadiah utama tu, tapi tak cukup bertuah pulak :)

Booth kami juga membuka pendaftaran keahlian secara PERCUMA dan pendaftaran kelas keusahawanan yang bakal diadakan pada sabtu (14 Feb 2015). Sambutannya amat menggalakkan! Admin menjadi teruja bila melihat sambutan daripada komuniti yang hadir di program ini. 


Tengoklah kehangatan daripada sambutan orang ramai di booth kami. Seawal 8.30 pagi, booth kami dipenuhi dengan komuniti daripada seluruh Putrajaya yang ingin mendapatkan penjelasan mengenai PI1M sekali gus mendaftar menjadi ahli di PI1M kami. 


Teruja tak habis lagi ni. Bila kami juga turut dijemput bergambar bersama Menteri Wilayah Persekutuan,YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, yang turut hadir bagi merasmikan Kenduri 1Wilayah Persekutuan di Putrajaya. Turut hadir di program ini, Tan Sri Dato Seri Dr. Aseh Bin Haji Che Mat iaitu Presiden Turus 3 Perbadanan Putrajaya.

Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini. Jutaan terima kasih kepada MCMC yang membantu kami ketika program, pengurus PI1M dan kesemua yang membantu secara langsung dan tidak langsung dalam menempatkan kami sebagai salah satu booth di program ini. 


p/s : Alhamdulillah... kami berjaya mengumpul hampir 600 keahlian baru bagi seluruh PI1M Putrajaya. Terima kasih :)
Categories: ,

0 comments:

Post a Comment